ahlan wasahlan~tuntutlah ilmu kerana ianya diwajibkan pada setiap muslim

Rabu, 3 April 2013

LAWATAN MAHABBAH KE SMKA DURIAN GULING

Barisan Majlis Tertinggi Pengawas SMAASZA dan SMKADG bersama Guru-guru Penasihat
MAJLIS PENGAWAS SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN
LAPORAN LAWATAN MAHABBAH KE SMKA DURIAN GULING


            Pada 6 Mac 2013 ( Rabu ) satu lawatan mahabbah telah diadakan ke SMKA Durian Guling. Lawatan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan atau merapatkan ukhwah islamiah dan berkongsi cara gerak kerja pengawas antara SMAASZA dan SMKA Durian Guling.
            Lawatan ini disertai oleh semua pengawas tingkatan 5 dan 6 seramai 43 orang dan 6 orang guru pengiring iaitu Puan Zawiah Binti Dollah, Puan Wan Rozita Binti Abd Rahman, Puan Zainab Binti Abd Rahman, Puan Norashidah Binti Zakaria, Encik Abd Rahim Bin Ab Razak dan Encik Mohd Zaidi Bin Adam.
            Kami bertolak dari SMAASZA pada jam 10.00 pagi dan selamat sampai di SMKA Durian Guling pada jam 10.40 pagi. Selepas itu, kami diiring ke Dewan Ibnu Khaldun untuk sesi penggambaran antara pengawas dan guru penasihat disiplin SMAASZA dan SMKA Durian Guling. Kemudian, kami diiring ke Bilik Mesyuarat untuk satu majlis ringkas.
            Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Penolong Ketua Pengawas SMKADG     ( Saudari Salsabila Harun ) dan bacaan doa. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMKADG ( Puan Hafizah Binti Said ) dan guru penasihat pengawas SMAASZA ( Puan Zawiah Binti Dollah ). Puan Hafizah menyatakan bahawa pencapaian PMR dan STPM SMKADG meningkat pada tahun lepas. Selepas itu, Puan Zawiah, dalam ucapannya menyatakan tujuan mengadakan lawatan tersebut untuk merapatkan ukhwah islamiah dan berkongsi cara gerak kerja pengurusan pengawas antara SMKADG dan SMAASZA.
            Selepas itu, agenda majlis diteruskan dengan pembentangan Power Point oleh Ketua Pengawas SMKADG ( Abu Hassan Ashaari bin Sapai ) dan ucapan daripada  Ketua Pengawas SMAASZA ( Muhammad Fauzi Bin Zamri ). Abu Hassan menyatakan bahawa pengawas SMKADG tetubuh atas dasar amar makruf nahi mungkar. Tambah beliau, Pengawas SMKADG dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Pengawas Disiplin, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama, Pengawas Badar dan Pengawas Dewan. Selain itu, sebanyak 5 lajnah diwujudkan di bawah Pengawas Disiplin iaitu Protokol dan Perhimpunan, Kewartawanan dan Penerbitan, Disiplin dan Kekemasan Diri, Tarbiyah dan Kerohanian serta Aktiviti dan Jualan. Pengawas SMKADG juga telah mewujudkan Blog dan Group Facebook bagi memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat antara pengawas. Kemudian, Muhammad Fauzi dalam ucapannya menyatakan keinginan untuk menimba ilmu daripada SMKADG berkaitan pengurusan disiplin dan cara pengurusan pelajar di asrama.
            Setelah selesai majlis ringkas, lawatan diteruskan dengan sesi Diskusi dan Dialog antara pengawas SMKADG dan SMAASZA. Antara perkara yang dibincangkan adalah masalah bising semasa perhimpunan, system tarbiyyah dalaman pengawas, cara cegah masalah ‘date’ dan cara perlantikan pengawas.
            Kemudian, kami dibawa untuk melawat Bilik Gerakan Pengawas dan Sudut Pengawas SMKADG dan jamuan makan tengah hari di di dewan makan Asrama Puteri ( Aspuri ). Selepas itu, kami dibawa melawat ke asrama puteri sebagai lawatan sampingan.
            Akhir sekali, lawatan kami berakhir pada jam 1.30 petang dan bertolak pulang ke SMAASZA pada jam 2.00 petang.
Sekian
Disediakan oleh,
…………………………………………..
 ( Abd Hakim Bin Abd Rasid )
   Setiausaha,
   Majlis Pengawas Sekolah

   SMAASZA






0 ulasan:

Catat Ulasan

like here...!!

 

Blogger news


Blogroll