ahlan wasahlan~tuntutlah ilmu kerana ianya diwajibkan pada setiap muslim

Rantauan ilmu

isu semasa : Pada 24 Februari 2013, sebanyak 100 orang tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina telah menyeludup masuk ke Lahad Datu, Sabah atas alasan mengambil balik tanah mereka. Pihak Malaysia mempertahankan tanah itu yang dikatakan sah milik Sabah. Rundingan ini telah berkembang menjadi pertembungan senjata sehingga 6 tentera Malaysia terkorban. Kini dengan serangan baru di Kampung Tanduo, konflik antara penceroboh Sulu dan Malaysia terus berkembang, mengancam keamanan rakyat Sabah.
IKTILAT DALAM ISLAM. FAHAM BETUL2...!!


Entri ini berkaitan permasalahan ikhtilat , pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi... yang dibolehkan berkahwin antara mereka, makanya sudah tentu ada adab-adab yang perlu dijaga dan perlu dipandang berat...

Kalau kita kembali kepada sirah nabawiyyah, memang Rasulullah Saw sendiri memandang berat tentang pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah serta persentuhan. Ini dapat kita lihat, sebagaimana hadith daripada Hamzah bin Usaid Al-Ansari yang diriwayatkan daripada bapanya yang mendengar Rasulullah Saw bersabda, apabila melihat kaum wanita bercampur aduk dengan lelaki di tengah jalan :

عَنْ حَمْزَةَ بْنِ أَبِى أُسَيْدٍ الأَنْصَارِىِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ وَهُوَ خَارِجٌ مِنَ الْمَسْجِدِ فَاخْتَلَطَ الرِّجَالُ مَعَ النِّسَاءِ فِى الطَّرِيقِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِلنِّسَاءِ : اسْتَأْخِرْنَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ عَلَيْكُنَّ بِحَافَاتِ الطَّرِيق


Yang bermaksud : Daripada Abi Usaid Al-Ansori daripada ayahnya : Bahawa dia (iaitu ayah Abi Usaid Al-Ansori) telah mendengar Rasulullah Saw bersabda, di mana ketika itu Rasulullah Saw berada di luar masjid, dan berlaku ikhtilat di kalangan lelaki dan perempuan ( di mana Rasulullah Saw melihat ikhtilat tersebut ) : " Kebelakanglah kamu,sesungguhnya kamu tidak boleh berada berada di tengah jalan,kamu mestilah berjalan di tepi jalan."

- Dalam mempraktikan hadith Nabi saw, para sahabiyyat telah menghampirkan diri mereka ke dinding, hingga ada riwayat mengatakan bahawa kerana terlampau rapat dengan dinding, ada di antara pakaian mereka yang tersangkut dengan dinding bangunan.
Beginilah Rasulullah Saw sebagai seorang pemimpin pada ketika itu,memastikan bahawa rakyatnya sentiasa hidup di dalam keadaan yang jauh dari fitnah dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak mujtama'.
[http://kasukirara.blogspot.com/2009/06/pergaulan-bebas-ikhtilat.html]

Syumulnya ISlam itu tidak memberi makna "matlamat menghalalkan cara",Bukan juga membawa makna, seperti yang diuarkan di mana2 tempat kini...

"Ala, biasalah...kat sini memang keadaan dia mcm tu...kita nk mengubah suasana ikhtilah ni payah..semua org dah biasa"
" Zaman sekarang nie mane boleh nak syadid-syadid sangat.... susah nak ikut dah..." dan pelbagai lagi..

Apakah pengertian ikhtilat ini sahabatku?

Perkataan الإختلاط ini mungkin biasa kita dengar,iaitu maksudnya adalah bercampur.Dan biasanya digunakan untuk merujuk kepada suatu pergaulan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai murni islam.Di sana ada perkataan lain yang digunakan untuk merujuk muamalat antara lelaki dan perempuan seperti لقاء - مقابلة مشاركة.[2] Namun memang di dalam kebanyakan kitab-kitab apabila membicara tentang perhubungan bebas,para ulamak akan menggunakan perkataan الإختلاط.

1.Dari sudut bahasa : Perkataan الإختلاط berasal dari perkataan خلط yang memberi maksud bercampur iaitu مزج. Di dalam Al-Qamus Al-Muhit dijelaskan bahawa sesuatu yang bercampur dipanggil اختلط[3]. Kalau ismu failnya adalah خالط.Kalu kita berbicara tentang blender,kita akan menyebutخلاط, iaitu yang mencampur-campur dan bahan yang dicampur-campur itu sudah menjadi sesuatu yang lain dari yang asal.

2.Dari sudut istilah : Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di suatu tempat yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan pandangan atai isyarat atau percakapan.[4]Apabila kita merujuk kepada definisi ini,apa yang dimaksudkan dengan ikhtilat adalah pergaulan bebas.

HUKUM PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA GARIS PANDUAN.


Tidak dapat dinafikan bahawa muamalah di antara lelaki dan perempuan di dalam hidup ini adalah wujud.Lebih-lagi pada hari ini, situasi persekitaran yang memerlukan kerjasama dua hala di antara lelaki dan perempuan dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, dakwah dan ilmu.Firman Allah swt :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ[5]

Yang bermaksud : Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan yang beriman saling berkerjasama dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar,maka sudah tentu di sana ada situasi-situasi yang memerlukan mesyuarat, perbincangan, percakapan dan sebagainya.
Dan apa yang harus kita fahami bahawa, walaupun begitu islam telah menetapkan garis panduan yang terperinci untuk menjaga perhubungan ini.Maka,garis panduan inilah yang menentukan sesuatu hubungan itu adakah bertepatan dengan syarak atau pun tidak.
Kalau kita mengkaji garis panduan yang dinyatakan oleh islam, ia menutup segala pintu-pintu yang boleh membawa maksiat.Ia melibat pandangan mata, suara, pakaian (aurat), tujuan perbincangan dan keadaan pergaulan itu berlaku.



Merujuk kepada Kitab Al-Fatawa Al-Muasoroh oleh Al-Qardhawi[6], beliau telah menetapkan dhowabit (garis panduan) dalam pergaulan@pertemuan di antara lelaki dan wanita, iaitu :

1.Kedua-dua belah pihak hendaklah sentiasa menundukkan pandangan,tidak memandang aurat dan dengan perasaan syahwat.Firman Allah Swt :



“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

- Islam mengecualikan pandangan secara tidak sengaja,tetapi apa yang perlu kita buat apabila kita tidak sengaja?Ini di jawab oleh Rasulullah Saw terhadap soalan Jarir Ra, seorang sahabat Nabi Saw yang bertanyakan tentang pandangan yang tidak disengajakan :

اصرف بصرك[8]

Yang bermaksud : Alihkan pandangan kamu

2.Perempuan muslimah pula mestilah sentiasa memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syarak yang menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Juga tidak terlalu nipis dan tidak mengikut bentuk badan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah swt :

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ[9]

Yang bermaksud: Dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;

Telah disahkan oleh beberapa sahabat, apa yang zahir daripada perhiasan ialah muka dan dua tapak tangan.

3.Sentiasa menjaga adab muslimah,terutama ketika berinteraksi dengan lelaki dari segi :

- Percakapan,tidak melampaui dan menggoda.Sebagaimana firman Allah Swt kepada para isteri Nabi Saw. Dan isteri-isteri Nabi Saw, adalah ikutan terbaik untuk semua wanita di sepanjang zaman dan tempat.

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا[10]

Yang bermaksud : Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti perempuan yang lain kalau kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.

- Cara berjalan.Firman Allah swt :

وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ[11]

Yang bermaksud: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;

فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ[12]

Yang bermaksud : Maka datang kepadanya salah seorang dari keduanya sambil berjalan tersipu-sipu
- Ayat di dalam Surah Al-Qosos ini menceritakan kisah salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib As yang datang untuk menyampaikan jemputan ayahnya kepada Nabi Musa As.Dapat kita lihat, qudwah yang ditunjukkan di dalam kisah anak Nabi Syuaib AS ini, bagaimana apabila berjalan, beliau berjalan dalam keadaan tersipu-sipu dan malu.Bukannya berjalan dalam keadaan sebaliknya, yang langsung tidak sesuai dengan fitrah seorang wanita.
- Pergerakan pula janganlah terlalu kasar dan janganlah terlalu lembut yang boleh menggoda.Gerunilah amaran yang dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam haditnya :

صنفان من أهل النار ....ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها لتوجد من مسيرة كذا وكذا[13]

Yang bermaksud : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka…. perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

4. Hendaklah menjauhi perkara-perkara yang boleh merangsangkan syahwat seperti bau-bauan, minyak wangi,warna-warna yang menarik yang sepatut di pakai di rumah, bukan di jalanan untuk bertemu dengan lelaki.

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى[14]

Yang bermaksud : Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu;

- Yang dimaksudkan dengan تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ disini ialah menzahirkan perhiasan dan kecantikan yang wajib ditutup dan yang boleh mempengaruhi syahwat orang lain…[15]

5. Sentiasa berwaspada,agar lelaki dan wanita tidak berdua-duan tanpa mahram Hadith sohih telah memberi ingatan

لا يخلو رجل بامرأة ألا ثلثهما الشيطان

Yang bermaksud: Tidak berkhalwat seorang lelaki dan perempaun, melainkan yang ketiganya adalah syaitan

6.Pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan atas urusan kerja tanpa melampaui sehingga menyebabkan wanita itu lalai dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik generasi.

- Walaupun kita lihat di atas,seperti merujuk kepada wanita sahaja,namun lelaki tidak lari dari kemestian menjaga adab-adab yang sama dari sudut pakaian,percakapan,pergerakan dan lain-lain.

Rujukan
[1] Riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi dan Al-Albani mengatakan hadith ini adalah hasan berdasarkan kepada semua riwayatnya.[2] Rujuk Kitab Al-Fatawa Al-Muasoroh oleh Al-Qaradawi jilid 2 m/s 303-304[3] Rujuk Al-Qamus Al-Muhit madah خلط m/s 665[4] Rujuk Kitab Hak dan Kewajipan Wanita Menurut Islam oleh Abdullah nin Jarullah bin Ibrahim Jarullah.Buku ini di terjemahkan oleh Ustaz Ismail Tuan Haji As-Syafiee Al-Bakabi m/s 39.Cetakan Al-Hidayah Publisher.[5] Surah At-Taubah ayat 71.[6] Rujuk kitab tersebut m/s 309-311[7] Surah An-Nur ayat 30-31[8] Riwayat Abu Daud[9] Surah An-Nur ayat 31[10] Surah Al-Ahzab ayat 32[11] Surah An-Nur ayat 31[12] Surah Al-Qasas ayat 25[13] Riwayat Imam Muslim[14] Surah Al-Ahzab ayat 33[15] Rujuk Al-Mausuah Al-Quraniah Al-Muyassaroh oleh Jemaah min Al-Ulamak antaranya Dr Wahbah Zuhaili m/s 423 juga boleh rujuk Tafsir Kalam Manan oleh Syeikh Abd Rahman As-Saadi

Dan sebenarnya ada pelbagai pandangan mengikut pendapat masing-masing, cuma apa yang perlu ditekankan, ikutlah apa yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, supaya selamat kita menjalani hidup ini.



0 ulasan:

Catat Ulasan

like here...!!

 

Blogger news


Blogroll